Posted at 12:15 pm by dakkapilah
Untuk menentukan hasil pembelajaran yang berkesan, terdapat beberapa elemen penting yang mesti ada pada pelajar agar proses pembelajaran menjadi seronok. Belajar bukanlah suatu bebanan.
Tidak mengantuk (stay awake)/bersedia (alert).
Beri tumpuan/konsentrasi (pay attention/concentration).
Memahami (Comprehend).
Menyimpan (retention) dan mengimbas kembali (recalling).
Tabiat (habit).
Seronok (enjoyment).
Ψ Dalam erti kata lain: Belajar adalah tugas Mental Dan Jasmani sekaligus.
Pemakanan (Nutrien) Yang Disyorkan:
|
|
Protein |
: |
Untuk tenaga & pembesaran. |
|
|
Vitamin |
: |
Sebagai insuran untuk kekalkan kesihatan. |
|
|
Vitamin C |
: |
Badan & darah sihat + meningkatkan daya tahan badan. |
|
|
B Complex |
: |
Digelar juga sebagai vitamin "morale". Untuk sistem saraf yang sihat dan keupayaan belajar (learning capacity). |
|
|
Lecithin |
: |
Sumber utama bahan penghasilannya adalah Choline. Choline dan Lecithine diperlukan untuk menghasilkan Acetylcholine. Bahan utama membentuk komponen fiber sistem saraf dan sel membran. Fungsi utamanya (Acetylcholine) adalah sebagai neurotransmitter yang menghantar maklumat yang betul kepada otak dan untuk menguatkan daya ingatan. |
|
|
Beta Carotene |
: |
Untuk mata yang sihat + tumpuan yang lebih baik |
Bagaimana Nutrien Boleh Membantu?
Sebagai booster atau pemangkin dan bukan suatu perkara yang ajaib atau mustahil. Untuk menikmati hasilnya ia akan mengambil masa, bergantung kepada amalan pemakanan seharian seseorang pelajar itu.
Peringatan - Nutrien BUKAN mengambil alih tugas BELAJAR. Malah adalah SALAH jika kita beranggapan bahawa bila kita mengambil makanan/nutrien, maka kita tidak lagi perlu belajar.
Posted at 12:06 pm by dakkapilah
Nutrien Sebagai Faktor Membantu Kecemerlangan Akademik
|
MESTI BELAJAR |
Tetapi tidaklah sampai menjadi "ulat buku".
"Ulat buku" BUKAN satu kecemerlangan yang terbaik, tetapi nilai serta kualiti yang lain juga amat mustahak. |
|
Sebagai persiapan untuk belajar dengan bijaksana dan berkesan, pelajar mesti mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti berikut: |
|
Akitiviti Sihat |
Mengapa |
|
Makan |
Bukan sekadar kuantiti yang banyak tetapi mesti SEIMBANG. |
|
Bersenam |
Agar fikiran cergas, banyak oksigen disalurkan ke otak. |
|
Rehat |
Satu kemestian. Badan letih akan mengurangkan tumpuan. |
|
Bermain |
Belajar sifat-sifat (attributes) lain kepimpinan dan sosial. |
Posted at 12:05 pm by dakkapilah
Kaitan Antara Nutrien Dan Otak
Otak mempunyai 100 billion sel neuron. Otak adalah pemakan yang pemilih, oleh yang demikian 2 perkara perlu diberi perhatian iaitu:
· Berapa banyak daripada apa yang dimakan akan sampai ke otak.
· Apakah nutrien yang diperlukan oleh otak.
Beberapa faktor yang mempengaruhi amaun nutrien yang sampai ke otak:
· Apa yang dimakan.
· Berapa amaun daripada yang dimakan terselamat daripada serangan asid dalam perut.
· Berapa amaun pula yang akan diserap ke dalam darah untuk
dihantar ke destinasi tubuh yang memerlukan zat nutrien.
· Berapa amaun pula yang akan diambil oleh hati untuk proses metabolisme.
· Berapa amaun pula yang akhir dapat sampai ke otak dan diserahkan kepada sel-sel neuron.
Nutrien untuk otak:
· Iodine untuk proses perkembangan dari seawal umur bayi.
· Vitamins B1, B2, Folic Acid (B9) Untuk mengelakkan tekanan (stress), nyanyuk dan kemurungan (depression).
· Vitamin C sebagai antioxidant.
· Enzim transmitter bernama Acetylcholine untuk menguatkan daya ingatan. Choline dan Lecithine diperlukan untuk menghasilkan Acetylcholine.
· Neuro transmitter yang dikenali sebagai Norepinephrine diperlukan untuk mengawal mood dalam kes anxiety + stress.
· Tyrosine bekerjasama dengan Norepinephrine juga untuk mengawal mood.
Posted at 12:04 pm by dakkapilah
Kesimpulan:
Produk GK mampu bertindak sebagai pemuliharaan EQ dari aspek:
Nutrien pemangkin (booster) yang berupaya mempertingkatkan daya penguasaan kebijaksanaan perasaan.
Nutrien perangsang (stimulator) yang boleh menambah keupayaan penggunaan kedua-dua kemahiran perasaan (mental) dan kemahiran lahiriah (jasmani) secara semulajadi di dalam diri pelajar itu sendiri.
Nutrien penjana (energizer) yang mampu membekalkan tenaga secara semulajadi untuk proses pembelajaran yang memerlukan tahap tumpuan yang tinggi secara istiqamah dengan keupayaan mengawal perasaan dan minda dengan bijaksana tanpa perhatian dan kawalan berlebihan oleh pihak lain.
Membekalkan sumber pemakanan yang lengkap dan seimbang dengan nutrien yang amat diperlukan oleh tubuh, khususnya untuk keperluan organ otak bagi menjana emosi yang stabil serta minda yang cerdas dan cergas.
Posted at 12:04 pm by dakkapilah
Kacang Soya. Kacang soya menawarkan complete protein profile dan mengandungi semua essential amino acids yang diperlukan oleh diet seseorang. Kacang soya bukanlah sejenis pemakanan ajaib, tetapi ianya adalah contoh di antara jenis pemakanan yang mempunyai nilai diet lengkap serta mempunyai kesan positif kepada kesihatan. (Petikan kata: Christine Lewis, Acting Director of the Center for Food Safety and Applied Nutrition's Office of Nutritional Products, Labeling and Dietary Supplements USA).
Koko. Selain daripada mempunyai perbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh manusia, koko/coklat juga begitu sinonim dengan ungkapan positif emosi seperti sayang, rasa cinta dan keceriaan. Secara perbandingan, coklat/koko mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membukitkan bahawa coklat/koko mengandungi khasiat makanan yang seimbang. (Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators and Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the USA).
Fikiran terasa segar dan mampu berfikir dengan lebih tenang.
Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama.
Pemulihan mood kepada lebih ceria dan positif.
Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.
Posted at 12:03 pm by dakkapilah
ULASAN RINGKAS PRODUK
Sebatian Susu Kuda Dengan Koko Dan Gotu Kola (GK)
GK adalah produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai nutrien semulajadi, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pemakanan. Berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap, senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan yang mudah.
Bahan Asas Produk
Susu Kuda. Adalah alternatif kepada mereka yang alah kepada susu lembu (lactose intolerance) kerana gumpalan lemak susu kuda lebih halus dan hampir menyamai susu ibu manusia. Terdapat banyak kajian oleh saintis pemakanan telah melaporkan komposisi protein dan lemak susu kuda adalah yang paling hampir dengan susu ibu manusia. Komposisi lemak dan pecahan protein, menyatakan susu kuda lebih menyamai susu manusia berbanding dengan susu lembu. (Kajian Godovac Zimmermann et al., 1987; Businco et al., 2000; Horrobin, 2000).
Gotu Kola (Pegaga). Pemakanan yang menjana tenaga yang disimpan oleh badan, dan secara khusus sangat berguna membantu sistem saraf (nervous system). Gotu Kola ada kala digelar food for the brain. Di negara barat ianya sangat popular sebagai nerve tonic untuk megurangkan ketegangan dan menguatkan daya ingatan. Gotu Kola membantu mengatasi stress, memulihkan reflexes dan meningkatkan kecerdasan mental dan tenaga fizikal. Triterpenes yg terdapat pada Gotu Kola bertindak melegakan ketegangan dan kerunsingan (antidepressant activity). (Petikan kajian oleh Zhong Yao Cai. 2003 Dec;26(12):870-3).
Posted at 12:02 pm by dakkapilah
BANGUNAN KILANG DAN PREMIS PERNIAGAAN

Kilang

Premis: E13, Jalan Nakhoda, 33000 KUALA KANGSAR, Perak
Posted at 10:48 am by dakkapilah
Posted at 10:28 am by dakkapilah

SEBATIAN SUSU KUDA, BERAS PERANG, KOKO DAN SOYA
(Produk Ketiga)
Sebatian Sudu Kuda, Beras Perang, Koko dan Soya adalah produk terbaru dengan khasiat kacang soya. Keunggulan dan keunikan produk ini adalah kombinasinya yang dirumus dari tiga jenis bahan pemakanan yang penuh dengan khasiat semulajadi. Ia kaya dengan serat adalah pilihan yang bijak untuk mereka yang ingin mengawal dan mengurangkan berat badan secara semulajadi. Ia juga kaya dengan vitamin, mineral dan nutrient menjadikan ia sebagai sumber pemakanan harian yang sangat diperlukan oleh badan. Ia juga meningkatkan fungsi pemikiran otak dan menstabilkan kelembapan kulit agar sentiasa sihat.
Harga: RM48.00
Jumlah tablet: 60 biji
Posted at 10:24 am by dakkapilah